Wednesday, July 21, 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH

Pendidikan di Sekolah Menengah Islam Al-Haj adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, berakhlak yang mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

OBJEKTIF SEKOLAH

  • Meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi hafazan, agama dan akademik ke peringkat yang lebih cemerlang.
  • Menerapkan kualiti dan kuantiti pembelajaran dengan lebih cemerlang dari masa ke semasa.
  • Memupuk semangat daya saing di kalangan pelajar dalam mencapai kecemerlangan diri.
  • Meningkatkan dan memupuk minat, kecekapan dan kemahiran yang tinggi dan berterusan dalam kalangan pelajar.
  • Melahirkan individu yang berketrampilan, bertanggungjawab dan berhemah tinggi dalam melaksanakan tugas untuk keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang.

Tuesday, July 13, 2010

MISI SEKOLAH

Membentuk budaya ilmu dalam usaha melahirkan warga sekolah yang cemerlang akal dan budi yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

VISI SEKOLAH

Melahirkan para pelajar yang berketrampilan mengikut hukum islam, berilmu pengetahuan yang tinggi dan bertaqwa kepada Allah s.w.t serta mempunyai jati diri islam yang tulen.

PIAGAM SEKOLAH

  • Melaksanakan sistem pentadbiran dan pengurusan pendidikan sekolah yang efisien, sistematik dan berkesan.
  • Menyediakan peluang pendidikan yang adil serta mewujudkan persaingan yang sihat.
  • Melahirkan para pelajar yang seimbang dan cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum serta agama.
  • Menyediakan kemudahan pendidikan dan prasarana yang kondusif.

SUKATAN MATAPELAJARAN

Sekolah Menengah Islam Al-Haj telah mengguna pakai sukatan matapelajaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor atau lebih dikenali sebagai JAIS di bawah sektor unit pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada mata pelajaran JAIS dan KPM, pihak sekolah SMIAH juga telah mewajibkan kepada pelajar untuk mengambil matapelajaran TAHFIZ. Dengan mempelajari Tahfiz, pelajar bukan sahaja dapat menghafal Al-Quran dengan lancar tetapi mereka juga dapat menyelami jiwa dengan lebih mendalam melalui penceritaan yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Dalam pada itu, pelajar juga akan diketengahkan dengan KESENIAN ISLAM. Pelajar akan di ajar cara bermain peralatan muzik dan nasyid serta menulis khat dengan cantik dan kemas. Berikut adalah senarai sukatan matapelajaran yang telah disediakan oleh JAIS dan KPM.

Sukatan pelajaran JAIS ialah :-


  • TILAWAH & TAJWID
  • TAUHID & FEQAH
  • MUTHOLAAH
  • NAHU SOROF
  • INSYA'
  • TAFSIR&HADITH

Sukatan pelajaran Kementerian ialah:

  • BAHASA MALAYSIA
  • BAHASA INGGERIS
  • MATEMATIK
  • SAINS
  • SEJARAH
  • GEOGRAFI
  • KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
  • BAHASA ARAB KOMUNIKASI
  • PENDIDIKAN ISLAM
  • PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
  • PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

LENCANA SEKOLAH