Monday, May 16, 2011

SAMBUTAN HARI IBU DI SMIAH




AJK PA system memastikan sound sentiasa cantik dan ok di sepanjang program berjalan....
tapi tengok muka pelajar Safwan tu cool je...macam tak de apa je yang berlaku....nampak je cool tapi dalam hati sape yang tahu....uhuhuhuhuhu


tuan pengetua Al-fadhil Al-Ustaz Mahmud Mukyuddin berucap memberi sepatah dua kata kepada ibubapa.....bukan sepatah dua kata, panjang berjela2....sabar jelah...hahahahaha apa pun ustaz Mahmud namapk berjiwa motivasi
PERHATIAN~~~~~~ ALLAH-HU
~~ (*-*) ~~


wakil pelajar iaitu Nik Muhd Al-Amin memberi ucapan yang berjela2 melebihi tuan pengetua...
dengan penuh berperasaan dan bersemangat waja dan berjiwa bangsa....
sikapnya harus dicontohi oleh semua pelajar di SMIAH....
hehehheheheheehe
(@-@)

ibu bapa kusyuk mendengar ucapan daripada tuan pengetau dan wakil pelajar.... macam-macam ragan dan karenah yang penting ibubapa semuanya sporting habis..... cayala~~~~~


persembahan pelajar membuat nyanyian sempena hari ibu....satu persembahan yang kagum sebab membuat latihan cuma 3 kali je.....boleh menghasilkan persembahan yang mantap dan baik......para pelajar memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini...
jangan lupa pesanan tuan pengetaua kita.... TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN DOT...DOT....DOT


habis je program rasmi pelajar dan ibu bapa dijemput ke kantin untuk jamuan makan...
ni pelajar tingkatan 1 nama dia Farhan Mokhtar....nampak ceria sekali.... 'peace no war'



agenda menyuap kek ke mulut ibu......ada ibu yang menitiskan air mata kerana terharu..

di antara orang kuat yang menjayakan program hari ibu.....dari kiri En. Azmi, Ustz Hadi, Ustz Raja dan Tuan Pengetua Ustz Mahmud

Friday, May 13, 2011

12 pesanan yang selalu diberitahu oleh ibu



  1. Berbuat baiklah kepada semua orang. Kerana kehidupan amat sukar untuk dijangkakan. Jangan sesekali membenci seseorang kerana dikhuatiri kita memerlukan pertolongannya nanti.
  2. Kepada anak perempuanku, apabila sudah besar, jangan sesekali memberikan semuanya kepada lelaki. Jagalah maruah dan kesucian dirimu.
  3. Kehidupan tidak semudah yang difikirkan. Seseorang tidak akan pernah puas di dalam kehidupannya dan berusahalah sebaik mungkin untuk mencapai apa yang diinginkan.
  4. Didalam kehidupan janganlah sukar untuk memberikan pertolongan. Cuba lakukan apa yang kamu mampu, untuk siapa kamu rasakan perlu, dengan apa yang kamu miliki, dan di mana kamu berada.
  5. Elakkanlah berkawan dengan orang-orang yang cuba mengajak kamu melakukan kejahatan. Jadilah diri kamu yang sebenar. Jangan biarkan orang luar untuk mempengaruhi keputusan dalam kehidupan kamu.
  6. Jika ibu marah bukan bermakna ibu benci. Tetapi kerana ibu tidak pernah cukup untuk menyayangi dirimu. Ibu akan menyayangi dirimu sepanjang hayat.
  7. Tidak kira bagaimana keadaan kewangan kamu nanti, jangan sesekali memenuhi segala kehendak anak. Kerana ia bukanlah satu cara untuk membentuk perwatakan yang baik, latih anak supaya berusaha untuk mendapat apa yang mereka mahukan.
  8. Penuhikanlah dada kamu dengan ilmu sebagai bekalan untuk menghadapi kehidupan.
  9. Tidak kira bagaimana ujian yang bakal kamu tempuhi nanti dalam memperlajari makna sebenar kehidupan, hadapilah ia dengan tenang.
  10. Ibu akan sentiasa bersamamu tidak kira ketika kamu sakit, susah, tua, miskin dan sebagainya.
  11. Hadiah paling bernilai yang mampu ibu berikan adalah kasih sayang ibu dan ayah kepadamu.
  12. Setiap kesulitan yang kamu hadapi pasti ada sinar cahaya di hujungnya. Asalkan kamu tidak pernah untuk berputus asa.

7 pelajaran yang perlu diajar oleh bapa kepada anak lelaki


Jangan sesekali bergaduh disebabkan berebutkan wanita- Seorang lelaki memang seharusnya bertanggungjawab untuk melindungi wanita. Lelaki yang melindungi wanita merupakan lelaki sejati. Tetapi, perlindungan yang diberikan haruslah kena pada tempatnya. Sekiranya seseorang wanita di dalam kesusahan tanpa mereka sendiri memintanya, mereka memang patut dilindungi. Tetapi sekiranya permasalahan muncul disebabkan kecurangan atau permasalahan yang sengaja dicari oleh wanita tersebut, tinggalkan mereka dan cari yang lain.



Jangan sesekali memukul wanita- Seorang lelaki yang matang tidak akan sesekali memukul wanita dan berjaya mengawal perasaan marah walaupun ia amat sukar. Ingat, sekali kita pukul wanita akan hilang kehormatan sebagai lelaki. Sekiranya berasa amat marah, dapatkan ketenangan diluar. Seorang lelaki sejati harus tahu untuk menjaga maruah dirinya dan jangan biarkan maruah tercalar hanya kerana memukul wanita. Tunjukkan kematangan dan ketenangan yang ada pada sifat seorang lelaki.



Jangan sesekali takut kepada isteri- Anda adalah ketua keluarga, dan adalah pemimpin terhadap keluarga. Jangan sesekali takutkan isteri kerana ia hanya menunjukkan kelemahan terhadap kepimpinan anda. Tidak seharusnya seorang lelaki takut kepada isteri, tetapi sebaliknya anda perlu hormat kepada mereka. Faham konsep hormat dan takut, kerana ia merupakan dua konsep yang berbeza. Seorang lelaki yang menghormati isteri adalah lelaki sejati manakala seorang lelaki yang takutkan isteri adalah lelaki dayus.



Berani untuk membuat keputusan- Anda adalah lelaki dan anda berhak untuk membuat keputusan terutamanya soal keluarga. Jangan sesekali membiarkan orang luar mencampuri hal keluarga. Sekiranya hanya untuk mendapatkan pendapat, ianya bagus tetapi keputusan haruslah anda sendiri lakukan. Seorang lelaki sejati tidak akan sesekali membiarkan orang lain untuk membuat keputusan keluarga mereka.



Berdiam diri seketika adalah lebih baik- Sekiranya menemui jalan buntu untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya apabila perselisihan faham dengan isteri, lebih baik berdiam diri untuk seketika. Seorang lelaki sejati sukakan kepada ketenangan dan tidak akan suka untuk menambahkan huru-hara keadaan. Sekiranya isteri sedang membebel panjang mengenai masalah, biarkan mereka berada di dalam dunia mereka. Diamkan diri untuk mengelakkan kekusutan lebih teruk.



Seorang lelaki perlu rajin- Anda perlu rajin untuk bekerja, jangan sesekali biarkan kehidupan bergantung terhadap orang lain. Biarkan wang yang didapati hasil daripada titik peluh dan tenaga yang telah dicurahkan. Belanjakan wang yang diperolehi untuk memberi makan minum dan keperluan asas untuk keluarga. Itulah nikmat sebenar menjadi seseorang lelaki. Kehidupan berdikari yang amat tinggi.



Seorang lelaki perlu bertanggungjawab- Tanggungjawab seorang lelaki adalah amat besar. Ia bukan shaja untuk dirinya, malah terhadap keluarga dan sekiranya sudah berkahwin perlu bertanggunjawab juga kepada keluarga isteri. Ianya akan semakin bertambah apabila isteri melahirkan anak pula. Seorang lelaki sejati akan sentiasa memikul tanggungjawab dengan baik dan tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab mereka.

perbezaan komunikasi antara lelaki dan wanita



Mesej- Apabila seseorang wanita menghantar mesej kepada rakan mereka, kandungan mesej tersebut lebih berkisar mengenai perhubungan, sokongan, memberikan cadangan, menanyakan soalan, meminta maaf dan sebagainya. Manakala bagi seorang lelaki pula mesej yang dihantar kepada rakan mereka lebih berbentuk kontrovesi, seperti kata sindiran yang menyakitkan hati, ayat yang tidak senonoh dan sebagainya. Seseorang lelaki lebih cenderung menghubungi rakan untuk mendapatkan pengaruh dan hormat berbanding wanita yang memikirkan mengenai perhubungan antara sesama mereka.





Topik- Apabila seseorang lelaki cuba mengubah topik yang sedang dibincangkan, ia adalah kerana untuk menenangkan keadaan atau merasakan perkara yang sedang di bincangkan adalah masalah kecil yang tidak perlu diberikan perhatian. Tetapi bagi wanita, apabila sesuatu topik itu di ubah, ia menunjukkan bahawa lelaki itu tidak mengambil berat dan tidak peka mengenai sesuatu masalah. Seseorang lelaki lebih cenderung untuk mengawal situasi manakala wanita pula lebih cenderung untuk melepaskan emosi.







Bercakap- Siapakah lebih banyak bercakap?? Lelaki/Wanita?? Pasti ramai yang menyutujui jika dikatakan wanita lebih banyak bercakap. Tetapi hasil daripada kajian yang ditunjukkan adalah jumlah percakapan bagi lelaki dan wanita adalah sama dan lebih memeranjatkan lagi jumlah perkataan lebih banyak digunakan oleh lelaki di dalam sesuatu baris ayat. Berkemungkinan ini adalah kerana sifat lelaki dalam menyampaikan maklumat dan sebagai pemimpin. Seseorang wanita lebih banyak bercakap bersama dengan keluarga dan teman dekat, mengekspresikan sokongan dan menceritakan pengalaman. Lelaki pula cenderung bercakap di tempat kerja, aturcara formal /sosial, dan tujuan mereka adalah untuk pertukaran maklumat, walaupun ketika bercakap dengan rakan.





Keputusan- Apabila sesuatu keputusan ingin dibuat, wanita lebih cenderung untuk berada di dalam situasi perbincangan, bertanyakan soalan dan sebagainya. Ini adalah kerana wanita mahukan keputusan yang dipersetujui oleh semua pihak. Manakala lelaki pula lebih cenderung memanipulasi fakta untuk mempengaruhi pihak lain agar turut mempersetujui keputusan yang telah mereka buat. Lelaki lebih gemar memberikan kenyataan daripada menerima pandangan.





Masalah
- Apabila seseorang lelaki menceritakan masalah yang sedang dihadapi, ia adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkemungkinan membantu dalam penyelesaian sesuatu masalah itu. Dan cuba selesaikannya dengan kadar segera. Manakala apabila wanita menceritakan mengenai masalah, mereka lebih cenderung untuk berbicara lebih luas mengenai masalah yang mereka sedang hadapi, meluahkan perasaan yang terpendam dan sebagainya.

top5 cara mudah untuk kurangkan stress


Minum tea- Dengan meminum tea adalah cara terbaik untuk merelakskan diri dan mengurangkan stress. Dan sekarang hasil daripada kajian di england, peminum tea dapat merendahkan kandungan cortisol, merupakan hormon yang menyebabkan punca stress. Cortisol adalah sebahagian daripada kalenjar adrenalin yang juga bertindak pada perasaan takut dan kegelisahan. Ia juga mampu untuk mempengaruhi masalah kesihatan yang menyebabkan imunisasi menjadi lemah ataupun masalah perut buncit.


Dapatkan udara yang segar- Berhenti sebentar daripada memikirkan masalah anda dan berhubunglah dengan alam semula jadi. Ini juga merupakn salah satu terapi yang terbaik untuk mengurangkan stress. Udara yang segar dan keadaan yang tenang dapat merehatkan dan mencergaskan otak. Terdapat banyak taman2 yang masih mengekalkan kehijauannya dan anda boleh mengurangkan stress anda disana.


Baca buku-buku yang berbentuk santai atau motivasi- Dengan membaca buku2 seperti ini dapat mengurangkan anda daripada memikirkan masalah yang anda hadapi dan juga memberikan sedikit kekuatan untuk anda menghadapi masalah yang dialami. Hasil kajian di UK, anda digalakkan membaca buku berbentuk motivasi pada awal pagi berbanding membaca surat khabar. Ini adalah kerana sekiranya anda memulakan pagi anda dengan membaca surat khabar, ini secara tidak langsung telah mempengaruhi minda anda untuk memikirkan mengenai masalah2 yang diceritakan. Ini akan meningkatkan lagi potensi anda untuk mengalami stress.


Ketawa- Pada zaman yang serba canggih ini amat mudah untuk anda mencari bahan2 yang mampu untuk membuat anda ketawa. Ketawalah anda asalkan jangan sampai menghilangkan kesopanan anda yang selama ini digilai. Hargailah jenaka yang cuba disampaikan oleh rakan anda walaupun tidak sejenaka mana kerana ia dapat mengurangkan stress yang anda alami dan sekaligus membantu rakan anda untuk rasa lebih dihargai.


Berfikiran positif- Stress merupakan satu charge negatif. Untuk meneutralkan sesuatu charge negatif adalah menggunakan charge positif. Charge positif terhasil apabila anda yakin terhadap diri anda dalam apa jua keadaan sekalipun. Keyakinan yang anda pupuk akan mengurangkan stress yang anda alami. Terdapat banyak cara untuk anda menghasilkan charge positif ini dan salah satunya adalah dengan membaca buku2 yang berbentuk motivasi.





Thursday, May 12, 2011

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)











semua pelajar memberi kerjasama yang baik dalam setiap kumpulan untuk membuat pembentangan....
paling tak boleh bla ada yang termenung, ada yang berangan ada yang tertonggeng dan macam2 lagi ar...... janji rock lah web!!!!!! asalkan ada teamwork dalam kumpulan....
bak kate wanderpets APA YANG PENTIANG~~~~~~
K.E.R.J.A.S.A.M.A
cite katon pon ada moral story tau jangan main2....
kesimpulannyer tengoklah cite katon.(hahhahahahaah)
macam2 lukisan dan aksi pelajar....
sebenarnyer pelajar SEMIAH ne berbakat cuma bakat mereka terendam je....ehh silap bakat terpendam.......cume x dicungkil je bakat mereka....


Tuesday, May 10, 2011

SAMBUTAH HARI LAHIR PN.ZAUJUN NOR


kek yang sedap lagi lazat....


sambut sekali dengan pelajar yang samam bulan dengan Pn. Zaujun......
nak bagi hadiah....

pelajar menunggu ketibaan orang yang dinanti-nantikan

tengah menunggu ketibaan...


PROGRAM MUHASABAH DIRI PELAJAR SMIAH







pelajar menitiskan air mata yang bermakna dalam diri masing-masing untuk keinsafan diri yang lalu....ada perubahan dalam diri pelajar apabila semua guru-guru memberi semanagt dan dorongan yang gitu.....


Monday, May 9, 2011

MAJLIS KENDURI DOA SELAMAT DI KEDAI MAKAN G-VELLY


sekolah kami dijemput untuk mengadakan doa selamat di kedai G-Velly sempena pembukaannya....


kemesraan pelajar bersama-sama dengan guru2....


pelajar tahiz sedang membaca doao selamat...
sempat ambil gamabr dari belakang jew....


bacaan do selamat diketuai oleh ustaz nasrol a.k.a ustz own....

ne diantara guru dan kakitangan SMIAH...


kak sima sesusi cover cun....uhuhuhuhuhu~~~~


penuh penghayatan dan kusyuk.....