Friday, May 13, 2011

top5 cara mudah untuk kurangkan stress


Minum tea- Dengan meminum tea adalah cara terbaik untuk merelakskan diri dan mengurangkan stress. Dan sekarang hasil daripada kajian di england, peminum tea dapat merendahkan kandungan cortisol, merupakan hormon yang menyebabkan punca stress. Cortisol adalah sebahagian daripada kalenjar adrenalin yang juga bertindak pada perasaan takut dan kegelisahan. Ia juga mampu untuk mempengaruhi masalah kesihatan yang menyebabkan imunisasi menjadi lemah ataupun masalah perut buncit.


Dapatkan udara yang segar- Berhenti sebentar daripada memikirkan masalah anda dan berhubunglah dengan alam semula jadi. Ini juga merupakn salah satu terapi yang terbaik untuk mengurangkan stress. Udara yang segar dan keadaan yang tenang dapat merehatkan dan mencergaskan otak. Terdapat banyak taman2 yang masih mengekalkan kehijauannya dan anda boleh mengurangkan stress anda disana.


Baca buku-buku yang berbentuk santai atau motivasi- Dengan membaca buku2 seperti ini dapat mengurangkan anda daripada memikirkan masalah yang anda hadapi dan juga memberikan sedikit kekuatan untuk anda menghadapi masalah yang dialami. Hasil kajian di UK, anda digalakkan membaca buku berbentuk motivasi pada awal pagi berbanding membaca surat khabar. Ini adalah kerana sekiranya anda memulakan pagi anda dengan membaca surat khabar, ini secara tidak langsung telah mempengaruhi minda anda untuk memikirkan mengenai masalah2 yang diceritakan. Ini akan meningkatkan lagi potensi anda untuk mengalami stress.


Ketawa- Pada zaman yang serba canggih ini amat mudah untuk anda mencari bahan2 yang mampu untuk membuat anda ketawa. Ketawalah anda asalkan jangan sampai menghilangkan kesopanan anda yang selama ini digilai. Hargailah jenaka yang cuba disampaikan oleh rakan anda walaupun tidak sejenaka mana kerana ia dapat mengurangkan stress yang anda alami dan sekaligus membantu rakan anda untuk rasa lebih dihargai.


Berfikiran positif- Stress merupakan satu charge negatif. Untuk meneutralkan sesuatu charge negatif adalah menggunakan charge positif. Charge positif terhasil apabila anda yakin terhadap diri anda dalam apa jua keadaan sekalipun. Keyakinan yang anda pupuk akan mengurangkan stress yang anda alami. Terdapat banyak cara untuk anda menghasilkan charge positif ini dan salah satunya adalah dengan membaca buku2 yang berbentuk motivasi.





No comments:

Post a Comment